Thursday, November 27, 2008

huaha


idea???
idea???

mana itu idea??
i need you...
really really need you..
aku dah ketandusan idea..takpe lah..sebenarnya aku dan bdk2 kelas aku sdg honeymoon skang ni.. 3 subjek kelas aku cancel minggu ni..so,thats mean 3 org lecturer kitorang takde larr..
diorang p kursus..best gle takde kelas..dikala org lain sibuk2 bersiap p kelas,aku sibuk2 menyibukkan diri bajet nak menghantar diorang smpai ke pintu bilik..hahaa
minggu ni kitorang meraikan minggu RAFEST(Raudhah Festival) sbnrny,,1st day ada kursus pengurusan jenazah & opening ceremony..ada byk booth bukak tiap ari kt dewan besau kitorang ni..
ada produk hpa,book fair,rawatan bekam,minyak atar,wakil dari unikl,rawatan ketuk2,pertandingan hafazan,tulisan khat dan byk agi lah,,gerai gundam seed pn ada..memang jadi kanak2 lah bdk2 cini..
jumaat sampai ahad pulak turn students2 tunjukkan bakat berniaga kt gerai..semua kafe akan tutup dan pandai2 lah nak jual ape,,jangan bagi kebulur sudeh,,gerai team aku lak jual macam2..
ada makanan pagi,tgh ari,petang dan malam,ada aiskrim,kerepek,baju utk muslimah sejati, batch, dan yg paling penting air mineral yg selama ni aku jd tauke kat hostel ABC ni..berat siot nak angkot 7,8 kotak pegi kat gerai kitorang nun jauh disana..
last day pulak ada kursus penyembelihan..
emm..nak tulis ape ek..sbnrnya aku menulis ni gune laptop mber aku,aku xda laptop lagi,,
hukhuk..so,aku rasa blog aku tak banyak post la sampai abis sem bln 3 nanti..lau kat rumah, aku boleh mengarang banyak2 sket..sory lah wahai pembacaku yang budiman semua..ni semua takdir dan sudah tertulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi..so,aku xnak membebankan laptop mber aku ni,,aku nak mengundurkan diri dulu..tata titi tuutttttuuu..
wassalam...

Sunday, November 23, 2008

bukaN DatinG je Haram Tauu..

Lagi satu aku nak cakap,sebelum ni aku ada cakap couple ni haram kan.. for our information, bukan tu je yang haram..orang yag tak dating pon boleh dapat dosa FREE jugak tau.. begini ceritanya@contohnya..
Tak kesah la orang tu dating ke tak, asalkan dia tak jaga muamalah ant bros & sis pon dah bedose..

1st example..

“Alah bro,kitorang bukannye dating pon..kitorang kawan je laa,hujung minggu cenggini la kitorang kuar nak lepaskan stress.” Lokasi yang famous adalah One Utama, Mid Valley, Times Square dan laen2 tempat lepak para remaja sekarang..,kat PUNGGUNG wayang, kat tempat BOLING pon same je..Dalam pada itu kompemlah TERpegang tangan kan, TERtampar menampar dan TERtepuk menepuk kan.. ingat buat mcm tu Tuhan tak marah ke wahai saudara saudari kesayanganku?????

2nd example..

“Alah bro,saya mintak tolong sis nie ajar saya je.. saya betol2 tak faham lecturer ajar td..kami tak buat salah pon, malah sis ni dah buat kebajikan dengan mengajar saya..” tak faham ape yang lecturer ajar eh??bak datang sini,,aku boleh ajarkan.. kalau niat tu betol2 nak belajar, rasanya tak perlulah nak suruh sis tolong ajarkan.. ramai lagi kwn2 lelaki yang tak ada kerja nak buat, cari lah kwn 2 lelaki dulu ye.. lainlah kat kampus tu hanya kamu sorang je student lelaki.. ada excuse la, tu pon tak boleh berdua.. kena berteman jgk, ajak la roommate pi teman kamu yg nak belajar..
Betol ke nak belajar bro??ntah2 suke kt sis tuu..nak nak lagi sis tu lawa+pakai track suit+t-shirt+ mekap ala ala artis hollywud gitu..ape lagi,melilau lah mata bro ni..sis ni plak dok main jeling juling manja dgn bro ni.. Dah hilang semua niat nak nak belajar tadi..syaitan menang lagi!!!yaahoo..

3rd example..

Ada jugak segelintir warga tua/warga emas/taraf YB/taraf Dato’ dan mcm2 taraf lagi lah yang masih hanyut dan terkapai kapai di buai kemewahan + kesenangan dunia yg FANA ini..clubbing,kaki pempuan, kaki minum dan kaki panjang@panjang kaki lari drpd isteri/suami dan kuarga demi mencari keseronokan di luar..astaghfirullahalazim…

Wednesday, November 19, 2008

kEsAh CHINTA aKu??..^@*%$&%+?



Cinta??ape makna Cinta tu??aku yang penah bercinta pon tak penah jumpa erti sebenar cinta ni..
Ok,,jawapan biasa orang bercinta ni ialah “menyayangi si dia sepenuh jiwa bak kata2 pujangga,lautan luas sanggup di redah demi si dia,sanggop berkorban apa saje dan bla bla bla…”
tadi aku cakap aku penah kapel kan,,ok.dulu tu penah la tapi sekarang aku dah tak kapel,malah aku meluat pulak tengok orang kapel ni..tak la tau nape..lumrah bagi orang yang single + takde awek yang nak sayang ak kot..jangan heran la lau aku buat something kalau selisih/bertembung dgn pasangan kapel naik motor atau dating kt mane2.. kalau aku naik kereta/motor & bertembung dgn mereka,,biasanya aku akan HON tanda tak puas hati kat mereka,,dlm hati nak je aku himpit mereka biar masuk semak..sekarang aku dah single dan takde insan lain nak sayang aku eh??huk huk..
tp takpe,,ak masih ada kambing 3 ekor kat rumah yang setia menanti aku, menanti untuk di usap2 badan dan kepala diorang, menanti untuk aku share keropok lekor dan roti dgn mereka,menanti untuk aku uraikan tali mereka yang terbelit kat kaki..aku jugak masih ada motor EX5 class1 kat rumah untuk dibelai dan disolek setiap kali aku balik umah..huh
aku stat kapel mase tengah taun form4,dan itulah 1st love aku..em,,nak tulis ape lagi eh??nak diringkaskan citer,, kitorang jumpa tiap2 hari lah,maklumlah awek same sekolah,,
paling kurang 2,3 kali kitorang balik bersama2 dlm satu mggu tu,,dari sekolah ambik teksi pegi ke bandar,then dari bandar tu kitorang menyelinap kat tengah2 blok2 kedai menuju ke satu destinasi iaitu “bus station”..
sambil tunggu bas tu kitorang ambik peluang borak2 pasal semua benda,isu perang,isu sekolah,isu kuarga dll..
kitorang jugak belajar tuisyen bersame2,memang tgk muke awek 7 kali seminggu lah,30 kali sebulan lah,sokmo2 jumpa awek lah..uih,,bahagia betol mase kapel dulu eh..
alahai awekku,,awek aku x boring ke tgk muke aku tiap2 ari??..hehe
selama hmpir 2 taun aku kapel tu,,aku kuar dating kt bandau besau 2,3 kali je,,al maklumlah,aku ni anak Sultan Sulu la katakan,,memang byk sangat duit yang parents aku bagi..kalau aku nak dating,sebulan sebelom tarikh tu ak dah kena ikat perot mse sekolah,saving la bai..nak belanjer awek tuuuu..mane bole cakap takda duet,jatoh la saham aku nie..(metafora)
ish3,terok betol syahir nie,kau sanggup berlapar demi awek eh,,”alah bai,bila lagi nak belanja awek??time dating ni la nak balanje. nanti da kawen bini la pulak belanje aku.”hehe,,kejam tak plan jahat aku??tiap2 ari bini aku akan masak sedap2..eh,ape ko melalot ni hah???
p/s:aku kuar dating bukan dgn awek aku saje tau tp kwn2 awek aku tolong temankan kitorang skali..mane bole kuar berdua aje,kalau berdua..the third party is SATAN u know..bab tu dating ramai2,setan pon x kacau la,, mebi takot kt kwn awek aku kot..hehe(ni fakta salah k,jgn pecaye)..yang benarnya SETAN sentiasa ada mencucuk kita setiap masa,setiap ketika.masa aku tulis nie pon setan asyik cucuk aku suruh tulis bnda tak elok pasal ex-awek aku tp aku masih ada pertimbangan yg waras..waktu solat pon SETAN boleh kacau kita,,apetah lagi masa dating..makin banyak la setan bersorak kt si malang ni..
sebelum result UPU kuar, aku dapat temuduga jadi askar kat Kolej Tentera Udara,Kedah..ape lagi,aku bli tiket ke kedah la,,rambut aku potong ala2 askar pencen yang semangatnya masih berkobar2 nak keje dalam kem tentera..
tempoh temuduga ialah 7 hari,, 1st day sesi pendaftaran,, 2nd day sesi “medical check up”..semua skali dia check lah..mcm dia check utk jadi askar betol la pulak. aku ingat aku yang bakal jadi student kat Universiti Pertahanan ni kena check siket je..tapi laen pulak jadinya,,jap jap..kenape aku masuk uia plak??tadi cakap nak jadi askar.. 3rd day aku naik bas balik umah coz aku tukar pikiran last2 minit,aku rasa tak best plak jadi askar walaupun aku dilatih macam askar sejak form1 lagi, aku penah menembak guna m16 ,latihan compass matching dalam hutan & lain2 xtvt askar.. lagi satu,kat KTU jugak la aku kenal dengan SYAHMI@PUAD,sorang mamat kelate_p.puteh@same dengan bandar aku ni..sampai skang aku masih berkawan dgn dia coz dy pon belajar kat uia jugak..bakal arkitek rumah aku kot,, skang dy da kat uia Gombak..tak tau plak studio mane dia slalu asah bakat terpendam dia tue..
balik kpd kesah cinta aku tadi, sebelum aku pegi temuduga askar tu, awl2 lg ak bgtau awek aku ni..
macam2 la aku pesan kat dia..biasalah kan,nak tinggal si jantong hati pengarang kalbu selama 7 hari la katakan..hehe
lepas SPM kitorang da jarang jumpa,lau nak jumpa kena book tiket flight, memang mencabar perjalanan cinta kitorang nie teman gtau..kuar je result UPU, aku dapat masuk ke Centre FOR Foundation Studies,IIUM..
peh!!gempak giler ko dapat masuk uiam,,tapi aku takot nak masuk uia, ramai kwn2 ckp aku kena blajar bahasa arab, tp aku redha dgn ketentuan Ilahi supaya aku blajar bahasa syurga yg best ni..(kalau diberi peluang aku nak belajar byk lg bahasa arab ni)..sebenarnya parents ak nak sgt aku masuk maktab, jadi cikgu skola tp aku tak stuju..aku sangat2 takda bakat mengajar orang..aku penah mengajar kwn aku mase skola dlu,sampai berbuih mulut aku explain & kwn aku buat muke blurr je..ni tandanya pengajaran aku tak berkesan langsong!!
1st sem Kt CFS ni aku ditmpatkan bersama 13org lg roommate,bermakna 14 org la sebilik,,dlm ramai2 tu ad 3 orang roommate aku dari DarulQuran, diorang lah yg selalu kejutkan subuh kitorang tiap pagi.. ada sorang teman rapat kawan aku ni selalu ziarah kat bilik kitorang,dia sorang yg byk ilmu ttg agama,tiap malam dia akan mengajar kitorang tentang Feqah dan lain2,,ada juga sesi soal jawab bagi menjawab segala kekusutan dan kebuntuan dalam diri yg kosong & jahil tentang Islam ni..aku juga tidak terlepas dari bertanya tentang isu couple sebelum kahwin(satu2 nya ikatan yg halal dalam islam)..dia siap bagi dalil2 dari Al Quran lagi dan aku yakin aku dah tersilap langkah dalam mencari cinta manusia..kt bawah ni aku letak dalil2 yang dia bagi k,(silalah baca dan rujuk dalam tafsir Al quran semula k)..from that moment aku dah kurang contact awek aku,,selama satu semester aku menjadikan hubungan cinta aku hambar,aku ingin sangat menyatakan penjelasan sebenar kepada awek aku itu bahawa cinta sebelum kahwin ini illegal di sisi Islam..dan ALHAMDULILLAH kitorang telah clash setelah keberanian aku cukup dikumpulkan..
Ya ALLAH yang Maha Pengampun!!aku telah melakukan maksiat,Engkau Maha Pengampun Ya ALLAH,,tolong ampunkan dosa2 hambamu yang hina lagi jahil kerana telah melanggar laranganmu..
sekarang dah staun lebih aku single,hidup aku bebas tanpa rasa terikat dengan sape2,aku jugak dapat saving kredit mobile phone aku..aku bahagia tanpa cinta manusia sebelum kahwen ni..hehe..
kepada sape2 yang nak bahagia mcm aku,cepat2 lah clash dgn boyfren/girlfren tu..InsyaALLAH, bahagia dan ketenangan pasti datang..apa yang paling penting ialah utamakan cinta kita kepada ALLAH dahulu,then Rasulullah,then diri kita dan kaum keluarga..jangan percaya kalau ada orang mengakui dia lebih menyayangi orang lain lebih dari dirinya sendiri,itu semua dusta!!tipu belaka!!
KEPADA SAPE2 YG NAK COUPLE JUGAK , aku mintak korang cari dalil2 dalam Al Quran & hadis yg menghalalkan cinta sebelum kahwin..kalau ada,,teruskanlah percintaan anda..kalau ada,aku pon nak couple semula lah tp malangnya aku dah tak berminat nak bercinta..aku senang jadi BUJANG SENANG drpd jadi BUJANG TERSEKSA…
Ini adalah dalil yang aku jumpa dalam Al Quran,pedoman hidup kita..>>
”Dan janganlah kamu mendekati zina;(zina)itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk”(Al-isra:32)
Drpd ayt di atas,kita dapat faham bahawa semua perbuatan kearah zina adalah dilarang dalam Islam.. contohnya ialah dating,keluar laki-pempuan(walaupun kawan/teman sosial) dll…

dan harap semua ni dpt dipraktikkan.firman Allah swt:
"wahai orang2 yg beriman, mengapa kamu mengatakan apa yg tidak kamu lakukan. Sungguh besar kemurkaan Allah terhadap mereka yang berkata apa yg tidak dia kerjakan..." (as-soff : 2-3)

Allah swt dah berfirman mcm ni,so maknanye bile kite beri peringatan pd org lain.jgn diri sendri pula yg mlgar peringatan itu.sesungguhnye azab Allah swt amatlah pedih.sma2 kite renungkan..

ABOUT MUHAMMAD SYAHIR...


Aku adalah makhluk Tuhan yang dilahirkan pada 19 julai 89 oleh ibuku tercinta di wad bersalin Hospital Besar Kota Bharu..rumah aku kat selising,OTW nak ke KB dari PP..jantina aku adalah lelaki dan memempunyai keinginan dan perasaan seperti semua orang,keinginan untuk menyayangi dan disayangi..tapi dengan muka aku yang tak ensem ni,memang agak susah la nak dapat “zaujah seperti yang di idamkan”..
Sekolah last aku adalah SMK Kamil,berkedudukan 2km kearah tenggara dari Pasir Puteh..aku berulang alik ke sekolah sejauh 15km dengan motor dan mengmbil masa hanya 10-12 minit je..aku ada 3 ekor kambing,2 biji kereta remote control dan sebiji motor yang aku selalu buat merempit..aku anak sulong dari 7 beradik dan bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi(tapi calonnya tak ada lagi)hehe..
Aku seorang yang agak gila2(tak tau betol ke tak ni),,aku selalu bising.Kadang2 member aku pon naik menyampah dengan aku.. aku jugak seorang yang moody dan sensitif..tapi aku adalah seorang pendengar yang setia kepada kawan2 yang mempunyai masalah, member aku selesa berkongsi masalah dengan aku,,mebi coz aku seorang yg jujur kot,,kui kui..aku jugak penyimpan rahsia yang boleh dipercayai(insyaALLAH) ..dan paling penting aku adalah peminat “BUNDLE”,,
Aku suka bertindak ikut suka aku tetapi aku akan pastikan ianya tidak bertentangan dengan Agama..
Cita cita aku nak jadi businessman,(insyaALLAH)..dan kecenderungan aku kearah jentera berat,,
Hobi aku agak pelik sikit,mengkaji pasal lori dan bas(scania,man,volvo,Mercedes dll).. dan impian aku suatu ari nanti nak pandu lori/bas dengan bergaya..
HIDUP SYAHIR…!!! Fighting!!

Monday, November 17, 2008


this is a camper shoe...
camper is my favourite brand..

Sunday, November 16, 2008


try & error

AKU BARU BERJINAK JINAK DGN BLOG….


Assalamualaikum w.b.t...
First of all aku panjatkan rasa syukur yg tak terhingga kpd ALLAH S.W.T kerana mengijinkan aku membuat blog ini..ape aku nak tulis dlm blog ni heh??dalam blog ni aku akan tulis semua yang aku rasa nak tulis, contohnya pasal diri aku, pasal kawan2 aku, masa sekolah dulu, perjalanan hidup aku, event2 penting dlm idup aku..aku jugak akn menulis ape sahaja ilmu yg aku ada, peringatan2 yg aku tau..InsyaALLAH segala urusan aku akan di permudahkan oleh Nya.. macam mane aku kenal blog??aku knl bnda alah nie pada pertengahan tahun 2008 setelah di perkenalkan oleh seorang hamba ALLAH yg aktif berdakwah dan menulis blog,,sebelum nie aku memang buta IT terus lah, bute tahap gaban lah, memang tak tau ape pon pasal komp,,sebab tu aku tak lulus comp test mase sem 1..torok kan mamat sorang nie..ape visi dan misi aku dan yang lebih penting ape tujuan sebenar aku tulis blog nie??
Selepas aku msk uia ni,aku mengalami “culture shock” dari segi muamalah bros and sis..tak teruk sgt pon, dari aku kapel kpd single mingle sekarang nie..aku dah dapat kesedaran tentang bahawa dating nie HARAM di sisi agama Islam...so,aku nak bagitau kepada semua kengkawan bahawa >>>>>…bla bla bla…..<<<<<..tuuuuttttt….


DALAM BLOG NI JUGAK AKU ADA MENGGUNAKAN BAHASA YG “AGAK SEMPOI@ALA ALA REMAJA SEKARANG”.. harap2 pembaca yang dimuliakan sekalian tidak marah aku+memendam rasa+membenci aku..ini kerana aku masih tak biasa dengan bahasa yang berbunga bunga,,almaklumlah 1st time buat blog..hehe..aku mohon ampun dan maaf ek..
Selain meyampaikan aku jugak menerima cerita/pandangan/komen/ketakpuasan hati pembaca sekalian terhadap diriku.. hantarkan apa sahaja, aku akan terima dgn hati ygng terbuka..
Jangan marah ekkk kalau ape yang korang tulis terkena batang hidung aku sendiri…