Friday, December 18, 2009

KEGEMBIRAAN & KEDUKAAN HARI RAYA KURBAN..


Salam..

Di sini ak just nk cte sket ape yg berlaku pada hari raya haji aritu..

Pada 27.11.2009 pukul 1 petang..seorang kawan karibku menalipon aku tp ak xangkat cz ak p masjid..

X bwk la fonnye..then smpai umah ak tgk ad “misscall” dr seorang kwn karibku yg sgt2 kuhormati..

Ak heran jgk dy kol aku mse tu..ak pon call dy semula..

Beliau bgtau bhw Ibunda tercintanya telah pulang ke menghadap Ilahi pd pkul 1 tgh ari..

Aku terdiam sekejap,lidahku kelu,.”awk jgn sedih2 sgt ye”..itu yg keluar dr mulut ak..mmg xpatut..apeda syahir ni..

Then ,lepas letak fon baru ak ingt perkataan yg seharusnya ak ucap bila dpt berita ttg kematian “innalillahiwainnailaihirojiun”..ak pn msg dy perkataan tu..maybe ak terlupa cz kaget dgr berita tu kot

Sudah lama ak berniat nak pegi melawat ibunya itu,plan ak nak pegi lagi sehari dua lepas raya kurban tp Allah x mengizinkanku..Allah lebih bijak mengatur segalanya..

Ibunya pergi pd hari yg cukup2 indah,iaitu pd hari jumaat yg juga hari raya dimana semua umat menunaikan ibadat kurban..anda semua pn tau kan ape kelebihan mati pd hari jumaat..sgt2 untung..

Ak pn berharap dpt mati pd hari jumaat jgk..aminn.

Sepanjang perkenalanku dgn dia,xpernah dia mrh or ckp bnda x elok padaku..beliau seorang anak yg sgt baik & sayang akan ibunya..ak tau ibunya sudah lama sakit tp baru2 ini je ibunya di letakkan kt wad ICU..mse kt gombak semester lepas, dia selalu ckp kt aku dia nak balik jaga ibunya,,tp masa tu kami tgh exam final,,dalam hatiku berkata,sungguh bertuah ibubapa yg punya anak sepertinya.. Semua kakak2 nya dah jd ustazah & beliau jgk bakal jd ustazah x lama lg..

2,3 mlm sblm raya beliau ada msg ak..mlm tu dia kesejukan dlm wad..mlm tu ‘turn’ dia teman ibunya dlm wad,dah la xbwk sweater,tdo ats lantai pulak tu..lau rumah ak dkt dgn hospital tu, mau je aku hantarkan sweater kt dia..mlm tu jgk kebetulan dia demam,pakai selendang je mana cukup nak tahan sejuk “air cond”..tp xpe,itulah peluang utk dirinya berbakti pd ibunya..bila melibatkan rasa kasih sayang pd ibubapa,dirinya rela bersusah payah menahan kesejukan..aku kagum dgn beliau..

Begitulah kehidupan kita ats dunia ni,,ada org yg gembira dan ada yg berduka, ada yg pergi dan ada yg lahir..aku??aku msh d dlm dunia khayalan mimpi yg diciptakan oleh angan2 yg xpasti dan yg pasti aku masih disini untukmu sahabat,..

Salam takziah buat keluargamu..somoga roh arwah ditempatkan bersama org2 yg solehah.. xlupa jgk buat kita semua..

Sahabatku..jika kamu perlukan bantuan,jgn segan silu bgtau sy k..

p/s:-ak amat xpndai mengarang, maaf kalau ada salah silap tulisanku..

Thursday, August 20, 2009

sahabatku...

Dah lama ak nak post bnda ni tp asyik xsmpt je..

Ak ada terbaca blog akak sufiah ttg pemergian arwah dan aku dpt tau lebeh byk ttg apa yg berlaku kpd arwah..lau nak baca blog akak tu..ni ak bg url dia,,

wwwkembarasufi.blogspot.com.

Ni pulak cerita aku...:-

Sahabatku nabil...

Masih ku ingat kali pertama aku melangkah ke uia..

Kulihat ramai orang pada hari pendaftaran itu..aku berasa asing kerana aku masih tak punya kawan..

Lama aku lepak memerhatikan gelagat manusia manusia,,ada yg di temani ibubapa,kawan, pak cik & tak kurang jugak kekasih hati yg datang menghantar...

Aku tak kisah semua itu,,dlm otak aku hanyalah bagaimana hendak ku tempuh hari2 yg mendatang..aku sekarang jauh dari kampong dan saudara mara..

Lepas mendaftar aku dan beberapa orang yg tidak kukenal di iring oleh committe ke bilik ABC120..

Nasib baik ada jugak 2,3 orang bdk dari Kelantan dok sebilik dengan aku,,bole la jgk buat geng.. pd masa tu kami d tempatkan 14 org sebilik..dulu ak penah ckp roommate ak ada yg dr lepasan DQ kn,, dan mereka adalah Naazir,Zakwan dan arwah Nabil..

Aku tak tau mcm mana nk mula...emmm..arwh adalah seorang yg ceria,,punyai kumpulan nasyid(iqniq)..pandai dalam pelajaran dan jgk aktif bersukan..memori kami bersama arwh tak mungkin kulupakan..Semasa kt CFS,,kulihat arwah amat sihat,,

Aku mula cuti akhir bln 2 aritu ..maka bermulalah kehidupan aku yg tanpa hala tuju selama 4 bln.. oleh sebab lama tak jumpa kwn2 kt cfs dlu,,ak pn mula rindu mereka..

awl bln 6 (5/6/09)..ak msg arwah..

Aku: salam..lama tak dengar khabar,,sihat ke??

Nabil marwan: wlsm..nabil sekarang kt hospital,ni akak nbl..dah seminggu nbl msk wad..ni akak pegang enset nbl..

Aku: kenapa dgn nabil akak??dy sakit apa??

Nabil marwan: dktr xtau lg,,pg smlm br amek sumsum tulang,,myb smggu lg tau reslt..

Aku: oo..nti dah tau bgtau sy ek akak..kirim salam kt nabik ek..salam..

Then aku termenung sekejap,,kenapa dgn nabil ek..aku berdoa agar dy cepat sembuh..lama mendiamkan diri,,ak pn try contact akak nabil lg,,

masa tu wktu petang 2/7/09..

Aku: salam,,akak sihat??nabil mcm mana akak??

Lama ak tgu jwpn dr akak arwh..malam tu baru dia reply,,dalam kol 11.30 mlm..

Akak: wslm..nbl tengah berusaha..

Aku terus bingung,,berusaha???mcm mana???aku xtau nk reply apa..aku diam... tak lama lepas tu ak dpt msg lg..dalam kol 11.44mlm

Akak: nabil dah pegi..

Aku: pergi mana??

Akak: dh pegi tggl kt..

Innalillahiwainnailaihiraajiun..Then aku paham keseluruhan cerita..masa ak msg dgn akak tu..arwah tengah berjuang mnghadapi sakaratul maut..tak dapat kubayangkan mcm mana keadaan di hospital tu..tak dapat aku bayangkan perasaan akak yg sedih dgn keadaan adiknya itu tambah pulak aku menyibuk dgn msg akak pada masa begitu..sy minta maaf byk2 akak..

Then ak msg lg..

Aku: byk2 bersabar ek akak..salam..

Lepas tu ak tak dengar apa2 cerita lg dr akak..ak pn terus tipon Derol nk bgtau pasal pemergian arwah..roomate ak dlu ..2,3 minit lepas tu ak dpt byk msg dr kawan2 kt cfs ttg pemergian arwah..

Aku terus termenung..aku berfikir..kenapa seorang hafiz quran pergi dulu?? Kenapa seorang yg soleh mcm arwh pergi awal??aku bila pulak??bila aku nak mati???arwah dah selesai di dunai ini..tp aku gmbira ttg arwh adlh dia pergi dgn aman dan tenang..

Aku amat terasa dgn pemergian arwah,,mungkin kerana nenek moyang kami ada di Indonesia.. arwah berketurunan Jawa dan aku pulak berketurunan Banjar,,kampong arwh kt Sekinchan,slngor dan rumah moyang ak pn kt sekinchan jgk..masa raya tahun lepas kami penah wish raya dlm bahasa msg2.. wlupn ak keturunan banjar,,ak tau 2,3 word je..ak smpt blaja bhs jawa jgn arwh tp ak dh lupa apa benda yg dia ajar aku..huhu

Apa apa pn kami semua akan merindui dan mengingatimu sahabat..we love youuu...

Aku yg masih bergelumang dgn dosa ini..bila ajal aku??adakah ak sudah bersedia dgn semua itu??

Tepuk iman tanya amal la syahir...!!!

Nie aku ada sertakan gmbr kami,,bagi sesape yg blm kenal arwah bole la knl skang..

ni ha,,ke 3 dari kanan belah depam...

Wednesday, June 24, 2009

ANTI-KLIMAKS!!!


Jeng jeng jeng..ape anti-klimaks tuuu???
Ape yang kita faham tentang term anti-klimaks??mesti banyak benda yang berlegar legar dalam kepala kita kan..jangan salah faham k..


Anti-klimaks ialah suatu istilah dalam isu couple yang pada hakikatnya ramai yang masih belum sedar akan hukum couple dalam Islam ini,, Disini aku akan menggambarkan anti klimaks ni sbg hubungan cinta antara lelaki dan perempuan dengan makhluk Allah dan yg pastinya bukan manusia..


Andaikata di sebelah kediaman kita ada sepohon pokok jambu(jambu air la katakan).. kita sangat suka makan buah jambu dan melihat buah tersebut setiap hari,,kot kot ada orang lain yg merembatnya.. bagi mengelakkan dirembat orang,,kita pun dengan pantasnya memetiknya terlebih dahulu..walhal buah tu belum betul2 masak.. adakah rasa buah tersebut lazat hingga menjilat mangkuk padahal ia dipetik sebelum sampai masa yg sesuai lagi?? buah jambu yg belum masak sudah pasti masam dan mampu membuatkan mata kita bagai nak berpusing dan dahi kita berkerut seribu bukan.. itulah gambaran betapa tak best nye jambu yg belum mencapai tahap BALIGH DAN MATANG..huahuahua


Apa kata kalau bersabar sikit dan petik jambu setelah ia betul2 masak ranum,,sudah pasti rasanya sungguh lazat kn?? Pasti terasa nikmatnya bukan??Alangkah bagusnya sekiranya kita ada sedikit rasa sabar dan iman dapat menahan nafsu makan drpd menguasai diri.. kalau orang lain ambil tu,maksudnya orang tu dah mencuri dan kita tak perlu risau hal tu kerana ALLAH sentiasa ada untuk kita..ok??

Begitu juga dengan hubungan kasih sayang sesame manusia yg berlawanan jantina..anggaplah waktu masak ranum buah tadi adalah ikatan perkahwinan yg sah. Alangkah ruginya kita apabila sebelum kahwin pon kita sudah ada pasangan hidup dan sudah berkongsi segalanya, suka duka dikongsi bersama,,selalu berkepit kehulu kehilir. Tak pernah jemu jemu jumpa pasangan kita tu,,kuarga pon dah merestui hubungan kita..andaikata kita bercinta selama 2,3 tahun sblm kahwin..apa yg berlaku selama 2,3 tahun masa kita bercinta itu???semuanya kita sudah berkongsi dgn si dia bukan??sudah pegang pegang tangan,bahu dan tak perlulah aku ceritakan..kang panjang pulak..Dan apabila tibanya waktu untuk kita berkahwin dengan cinta hati pengarang jantung kita tuu…adakah malam pertama pengantin baru kita masih bermakna bagi kita yang sudah kena pegang ni??sepatutnya malam pertama adalah malam untuk kita BERTAARUF dengan lebih lanjut dengan pasangan kita, malam dimana semuanya asing dan baru tetapi HALAL untuk kita..indah betul kalau kita bercinta selepas kahwin.. bagi yg bercinta awal2 pulak, ,apa lagi yang tinggal untuk kita kongsi bersama dalam melayari bahtera perkahwinan yg masih panjang itu..
Silap2 haribulan bercerai berai selepas 2,3 taun kahwin.. mana taknya,sebelum kahwin semuanya indah, kena gigit dek pacat pon tak ape,, bajet nak sedekah darah kat pacat la kononnya, takut nak tunjuk perangai pelik2,kang kena tinggal oleh awek/balak..bila dah kawen,, semuanya terbongkar. Perangai buruk, rahsia negara pon turut terbongkar..

Bagi yg bercinta selepas kawen pulak lain,masa inilah kita nak menyesuaikan diri dengan teman baru kita, teman sehidup semati kita,,bak kata2 yang aku pernah baca tapi aku nak modified siket kata2 itu”Andai suami/isteri melakukan kesalahan tulislah kesalahan itu di atas pasir agar ia hanyut dibawa arus ombak dan sekiranya suami/isteri membuat jasa ukirlah ia atas batu agar ia sentiasa menjadi kenangan bersama.”
Selepas aku baca buku “aku terima nikahnya”..aku lebih mengerti apa tujuan kahwin ni..dan yang paling ingin aku laksanakan apa yg ada dalam buku tu ialah istilah “erti cinta pada memberi”..pada yg berhajat nak bercinta tu,aku sarankan baca dulu buku tu..bagus amat dong..

Erm..aku berharap aku dapat bersabar dan memetik buah jambu itu selepas ia betul2 masak ranum agar kebahagiaan hakiki di dunia & akhirat dapat ku kecapi..aminn Ya Allah...

p/s..syukran kpd abe peja(hafiz) krn mengajarkan aku ttg anti klimaks ni masa usrah dulu..da dpt cahaya mata belum??hehe

Friday, June 5, 2009

Pengakuan Lelaki terhadap Wanita

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.



Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian



Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.



Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.
Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.


Friday, May 15, 2009



salam,,,mcm biasalah..jumaat br bole g cc..sebenarnye ak malas nk menulis ni..tp selasa lepas ak dapat pengalaman yg amat2 tak bole ak lupekan..

mcm ni citenye..masa tu da dkt kol6.30..so,tengah nk simpan semua sepanar & barang2 la..nak balik,,ada la sebuah toyota corona tuu..kete tu dh lama ak repair,,ptg tu,ke 2 2 tayar belakang kete tu kami tanggalkan..nak tukar absorber..tp oleh kerana kena order brg dr KL,,xda barang lg la nak pasang..

nak d jadikan citer,,ak nak ganti "jack buaya" yg kt bwh perut kete tu dgn stand.. orang lain smua dok simpan barang,,so,ak sorang la kerjakan kete tu..masa tgh terkial kial nak ganti stand..tetibaaaa...

GEDEGANGGGG!!!!!!!!!!!!!..kete tu tergelincir dr jack dan ak cuba la tahan dgn badan ak tp apekan daya ak nak angkat kete yg berat tu..bos ak terus terkam kete tu..."ha,sahey bakpo tuh??..oyak doh nok boh stand keno wak molek.. mujur tok tindih kaki"..ak yg tengah menggelabah terus lari ke belakang kedai.. muka ak dah merah gelap dah,,peluh mencurah curah..ak tergelak sorang sorang kt belakang.,tp gelak dalam perut jela..lau kuar suara tkt kena marah plak..hehehe

sbnrnya bos ak tak marah.. bos ak amat pentingkan keselamatan masa bekerja.. asalkan orang selamat..malu giler ah dgn colleagues ak 4org lg tu..keesokan hari pon bos ak masih gelakkan ak..siap perli2 lg..haha..nanti ak letak gmbr2 kt tmpt ak keje k..

haa..lg satu ak ada biter gmbira..ari rabu aritu ak menimang cahaya kambing baru.. comel giler baby kambing tu..masuk arini br 3 hari baby tu lahir..malas ah tulis sal kambing tu,,kang korang boring pulak..

k la..stakat ni duluuu...salam

Sunday, April 12, 2009

tok dam wehhhh...

salam..hehe..

arini 12/4/09..ak br dpt peluang dtg cc lg..

arini sebenarnya ak nk p amik block enjin motor ak kt kedai..

kite bt overhaul sket..pastu ak pasang la sndri enjin tu..

motor ak jgk ak nk tkar spring clutch yg racing punyer..kasi power sket..hehe

ak keje skang ni..ak keje sambil blaja kt workshop kete..da pandai repair kete da sket2..hehe..

pasal gaji ak x kesah..xdpt pn xpe..

eh,,ak da lambat ni..nk p ambik enjin kt kedai..

see you..

salam semua..

Sunday, March 29, 2009

salam..

kehadapan pembaca yg budiman..
setelah habis pengajianku kt CFS pj,,dan ak akn daftar kt gombak pd bln 7.
insyaALLAH...
kt sini ak hanya nak cakap ak da x bole selalu online dan update blog cam selalu..
kt umah ak xda ternet,,haha
dan komputer yg kt umah pon sudah jadi mcm PS2..adik gue punye keje la ni..
dia format kom tu dan dia lupa nak install microsoft office..
dah xda tempat ku meluahkan idea2 comelku..hehe

sebenarnya ak sangat tertekan dgn suasana ini tambahan pulak, masa ak menaip ni adalah hari ke7 aku demam..demam ku pelik sket,ak dmm belah malam je..

k la ek..
nanti kalau ada kesenangan ak post banyak3 ek..
ak ad byk benda nak citer tp xda kesenpatan waktu..
k,,
wassalam

Thursday, January 29, 2009

Kem d Taman Negara(NATIONAL PARK)

setibanya d resort taman negara


Tanggal 24/1/09 aritu,,

kitorang p kem kepimpinan kat Taman Negara..
Taman Negara Kuala Tahan,Pahang,,pgrm ni under MRC mahalah ABC brtujuan untuk mencari pelapis dalam pimpinan akan datang
aku d import khas utk berkhidmat sbg tukang masak bersama Sala & Ja'a(azhar)..
kami p ari sabtu n balik ari ahad,,best giler siot..
1st day kami smpai dlm kol 2,then briefing,,
around lepas asar ada hi tea sket,rehat2 n malam terus buat BBQ..
ada ayam(bayam@abi),ada kambing,hotdog,kentang bakar,nasi goreng lembik(salah bajet air masa masak) dan air sirap ais,,
mamang kenyang ah kitorang,,sampai xleh nak tunduk,,lau tunduk kompem keluar balik makanan2 dalam perot tegang,,lepas tu tido..

ari ke 2...
dalam byk2 tugas,para catering lah yg plg letih dan teruk kerjanya..
kami kena bgn kol 5 pg utk siapkan breakfast sedangkan org lain semuanya tengah enak melayan mimpi..
lepas makan,smua bertolak ke kuala tahan utk ke canopy walkway..
canopy walkway kt tmn negara ni adlh yg terpanjang d dunia dgn panjang lebey kurang 520m..
lepas menikmati canopy walk,kami panjat bukit Terisek utk melihat seluruh Tmn Negara dari pandangan atas..
"Sungguh besar kuasa Allah yg menciptakan langit dan bumi.."
aku berasa sangat kerdil apabila berada d puncak sana..

lepas puas naik bukit,kami kembali ke Kuala Tahan utk makan tgh ari..
then solat..
dalam kol3 kami d bawa meneroka gua Telinga yg spanjang 100m,, nama telinga d ambil krn masuk belah kiri n kuar belah kanan,,macam kata pepatah"masuk telinga kiri kuar telinga kanan"..

selesai msk gua ad agenda yg best amat,,
iaitu rapid shooting..kami d bawa mudik ke hulu sungai tembeling dgn menaiki bot kayu panjang..melalui jeram2 kecik..semua orang ats bot basah kuyup disimbah oleh ombak d jeram2..sejuk siot..
kitorang balik ke kem dlm kol7 ptg..
lutut dh ketar2 keletihan..

bg dak catering,kami xleh rest,kami kena siapkan makan malam utk semua..
memang panas lah,,org lain dok rilex2 kami bekerja.. tp aku redha krn ni lah ujian utk aku n aku tau aku dapat tido awal lepas ni..yahoo..

ari ke 3 xbyk sgt pgrmnye,,ada forum dan majlis perasmian oleh ustaz hasanul basri & sir Pahsya je,,tp dugaan tetibe datang melanda catering bila kami kehabisan air,,
so,,nak tak nak..kitorang kena la memasak kt tebing sungai tembeling..kena agnkut smua brg2 memasak(tong gas,dapur,ayam,kuali,periuk dan lain2 perkakas yg sewaktu dengannya).

nasib baik ada commitee lain tolong kami,,kalau x..perut berjoget2 dulu la jawabnya..
conclution kt sini adlh,,kem ni best giler,murah kosnya(byk penaja) dan kalau nak datang sndri xdpt la kot.. kt bwh ni aku letak gambar2 yg sempat d kejar oleh kamera..kkk



















atas bas dari pj

























atas canopy walk tepanjang d dunia..
sungguh besar kuasa ALLAH,aku dapat merasakan kesejukan zarah zarah awan yang mencium kulitku..
ALLAHUAKBAR...




















nak ber rapid shooting..


pemergianku ke kem ni adalah sstu yg
x ku jangka,,sbnrny ak dh plan nk balik Maran,Pahang..tiket pn dah beli.. apakan dayaku.. aku hanya mampu merancang tetapi ALLAH yang Maha Kuasa menentukannya..inilah kita sebagai hamba yg wajib redha akan ketentuannya dan mengabdikan diri kepadaNya..''Ya ALLAH,, jadikanlah aku antara hambamu yg soleh dan redha akan ketentuanmu..janganlah sesatkan aku setelah Kau memberi jalan yg benar kepadaku.."


















pose jap..





















rest sambil tunggu geng kat belakang..





















benda kat ats kepala kami lah punca telinga kita sentiasa d penuhi bendasing..




















sebelum operasi mengorek telinga terbesar..





















first view of Bukit Terisek





















tempat masak yg baru..
tebing sungai tembeling..

Tuesday, January 20, 2009

Manusia sombong lebih mmudah disesatkan syaitan


Imam Al Ghazali mengemukakan panduan kpd kita supaya tidak bersifat sombong & angkuh..

Jika berjumpa kanak2,anggaplah mereka lebih mulia drpd kita.
Ini kerana kanak2 tidak banyak buat dosa daripada kita..
Mungkin susah bagi sesetengah org utk mengangkat darjat org yang berada di bawah kedudukannya, apatah lagi kanak2.tapi kalau diaamati saranan ini,kita dapat rasakan betapa islam begitu suci & tinggi nilai peradabannya.
Andai kata kita melaksanakan sikap ini,betapa kita menjadi orang yg tinggi budi pekerti di sisi Allah. Ini kerana kita membuat perbandingan dosa antara kita & kanak2 yg sudah pasti ketara bezanya.inilah sikap yg akan membntuk keinsafan serta membulatkan tekad utk mengurangkan perlakuan dosa.

Apabila bertemu org tua,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka sudah lama beribadat.
Kebiasaan kita menghormati org yg lebih tua.tetapi,berapa ramai yg sanggup mengaggap golongan ini lebih mulia,melainkan di tanam dalam diri sikap yg di anjurkan oleh Imam Al Ghazali ini.menghormati org yg lebih tua dgn andaian mereka sudah lama beribadat,menjadikan kita lebih bermotivasi dalam meningkatkan amalan yg kononnya dpt mengatasi dr sudut kuantiti & kualiti.

Jika berjumpa orang alim,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang mereka pelajari & ketahui.
Menjadi lumrah kita mghormati org alim.bukan sekadar menghormati,malah menjadikan idola & teladan utk ikutan.Islam menganjurkan penghormatan ke atas org alim bertepatan dgn ilmu serta amalan mereka.

Apabila melihat orang jahil,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan,sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

Subhanallah,Agungnya agama ALLAH!!kanak2 dimuliakan kerana kurang dosa,org tua dimuliakan kerana banyak amalan & org alim dimuliakan kerana banyaknya ilmu serta amalan,sijahil juga dimuliakan.Ini dgn beranggapan bahawa perlakuan dosa dlm kejahilan,berbnding kita yg masih sering melakukan dosa wlaupun jelas & akui ia adalah berdosa.

MahaSuci ALLAH!!Sucinya nilai diri seseorang yg berjaya memuliakan org jahil dgn menilaikan dgn diri sendiri lebih berdosa kerana KELALAIAN & KEALPAAN..
Jika melihat orang jahat,jangan anggap kita lebih mulai kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf & bertaubat atas kesalahannya.
Org jahil di muliakan krn msh jahil,iaitu melakukan dosa tanpa sedar,tanpa mengetahui ia berdosa,kini org jahat juga perlu di anggap mulia.Bukan krn kejahatannya, tetapi krn mungkin mereka akan insaf pada masa hadapan.

Bagi mendidik diri agar tidak memuliakan diri sendiri berbanding kejahatan org lain, inilah sikap yg dianjurkan oleh Islam. Kita mendoakan agar si jahat akn insaf & akhirnya di pandang mulia krn tidak lagi berada dalam kejahatan.Apabila bertemu org kafir, katakan dlm hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh ALLAH dan memeluk Islam. Maka segala dosa mereka akan diampuni oleh ALLAH.
Doa adalah cara utk menghindarkan sifat riak dan sombong. Ini kerana dengan mendoakan org kafir akan mendidik diri menghormati semua golongan. Kalau kebiasaannya doa hanya utk sesama saudara seIslam, tetapi dgn mendoakan gol kafir akan membentuk sifat rendah diri terhadap kekuasaan ALLAH dalam menentukan hidayah & pengampunan ke atas semua makhluknya…

Wallahualam...







Sunday, January 4, 2009

USRAH!!!!!!



aku ada ikut usrah dari sem 1 lg demi menambahkan ilmu didada ini..sekarang pon ak masih ikut usrah & dalam proses tarbiah diri lg..sem 1 aku ikot usrah dgn senior Gombak..disamping itu aku ada study circle,aku jgk join usrah anjuran PERDANA(anak2 kelate) dan kadang2 aku join je mane2 usrah yg sedang berlangsung,nk dpt ilmu kena,kena tebal muke sikit..lagipon aku dapat buat ramai kawan..
skarang aku berada di sem ke5 dan aku hnya ada 1 je usrah(karisma nyee)
aku msh ingat perbentangan ahli usrah dgn senior Gombak mse sem 1, mber aku membentangkan bahawa selepas survey yg dilakukan terhadap 800 pelajar pmpuan oleh NGO di area KL ni,hanya SEORANG je yg mengaku tidak pernah melakukan hubungan seks dgn lelaki..cube korang bayangkan ape yg berlaku kpd 799 pelajar lg?
ape masalah diorang sampai lupa batas2 agama??ape point yg aku cube sampaikan disini ialah betapa teruknya akhlak dan pegangan agama remaja2 hari ini.. macam mane kite nak mengatasi masalah ini?? Nauzubillah, aku mintak kpd ALLAH agar benda ini tidak berlaku kpd keluargaku, kaum kerabatku, zuriatku akan datang, teman2 seperjuanganku dan kawan2 ku…aminn Ya Rabb..
point ke 2 yg aku msh ingat dari usrah dgn senior Gombak ialah tajuk anti-klimaks.. aku harap korang tak baca entry anti-klimaks..hanya utk 18 and above je boleh baca..
anti-klimaks,,hehe..kalau nak tau dgn lebih lanjut,,cobe tanye orang2 yg lebih berpengalaman dalam institusi rumahtangga..senag cte org dewasa yg dah kawen..
gud luck!!!
Entry anti-klimaks ni aku akn post pd masa2 akan datang ekk..harap sabar menunggu…