Tuesday, January 20, 2009

Manusia sombong lebih mmudah disesatkan syaitan


Imam Al Ghazali mengemukakan panduan kpd kita supaya tidak bersifat sombong & angkuh..

Jika berjumpa kanak2,anggaplah mereka lebih mulia drpd kita.
Ini kerana kanak2 tidak banyak buat dosa daripada kita..
Mungkin susah bagi sesetengah org utk mengangkat darjat org yang berada di bawah kedudukannya, apatah lagi kanak2.tapi kalau diaamati saranan ini,kita dapat rasakan betapa islam begitu suci & tinggi nilai peradabannya.
Andai kata kita melaksanakan sikap ini,betapa kita menjadi orang yg tinggi budi pekerti di sisi Allah. Ini kerana kita membuat perbandingan dosa antara kita & kanak2 yg sudah pasti ketara bezanya.inilah sikap yg akan membntuk keinsafan serta membulatkan tekad utk mengurangkan perlakuan dosa.

Apabila bertemu org tua,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka sudah lama beribadat.
Kebiasaan kita menghormati org yg lebih tua.tetapi,berapa ramai yg sanggup mengaggap golongan ini lebih mulia,melainkan di tanam dalam diri sikap yg di anjurkan oleh Imam Al Ghazali ini.menghormati org yg lebih tua dgn andaian mereka sudah lama beribadat,menjadikan kita lebih bermotivasi dalam meningkatkan amalan yg kononnya dpt mengatasi dr sudut kuantiti & kualiti.

Jika berjumpa orang alim,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang mereka pelajari & ketahui.
Menjadi lumrah kita mghormati org alim.bukan sekadar menghormati,malah menjadikan idola & teladan utk ikutan.Islam menganjurkan penghormatan ke atas org alim bertepatan dgn ilmu serta amalan mereka.

Apabila melihat orang jahil,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan,sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

Subhanallah,Agungnya agama ALLAH!!kanak2 dimuliakan kerana kurang dosa,org tua dimuliakan kerana banyak amalan & org alim dimuliakan kerana banyaknya ilmu serta amalan,sijahil juga dimuliakan.Ini dgn beranggapan bahawa perlakuan dosa dlm kejahilan,berbnding kita yg masih sering melakukan dosa wlaupun jelas & akui ia adalah berdosa.

MahaSuci ALLAH!!Sucinya nilai diri seseorang yg berjaya memuliakan org jahil dgn menilaikan dgn diri sendiri lebih berdosa kerana KELALAIAN & KEALPAAN..
Jika melihat orang jahat,jangan anggap kita lebih mulai kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf & bertaubat atas kesalahannya.
Org jahil di muliakan krn msh jahil,iaitu melakukan dosa tanpa sedar,tanpa mengetahui ia berdosa,kini org jahat juga perlu di anggap mulia.Bukan krn kejahatannya, tetapi krn mungkin mereka akan insaf pada masa hadapan.

Bagi mendidik diri agar tidak memuliakan diri sendiri berbanding kejahatan org lain, inilah sikap yg dianjurkan oleh Islam. Kita mendoakan agar si jahat akn insaf & akhirnya di pandang mulia krn tidak lagi berada dalam kejahatan.Apabila bertemu org kafir, katakan dlm hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh ALLAH dan memeluk Islam. Maka segala dosa mereka akan diampuni oleh ALLAH.
Doa adalah cara utk menghindarkan sifat riak dan sombong. Ini kerana dengan mendoakan org kafir akan mendidik diri menghormati semua golongan. Kalau kebiasaannya doa hanya utk sesama saudara seIslam, tetapi dgn mendoakan gol kafir akan membentuk sifat rendah diri terhadap kekuasaan ALLAH dalam menentukan hidayah & pengampunan ke atas semua makhluknya…

Wallahualam...







2 comments:

munadhia said...

salam. mungkin boleh gunakan font kaler yang lebih cerah...=)sesuai dgn latar hitam..maaf ye mengomen sikit..pape kekurangan d blog sy juga sangat dialukan utk mengomen atau menegor..arigato!

LOvE SeEkEr said...

to munadhia..
thanks 4 ur comment,,
komen la byk lg..
bhashah!!!