Wednesday, June 24, 2009

ANTI-KLIMAKS!!!


Jeng jeng jeng..ape anti-klimaks tuuu???
Ape yang kita faham tentang term anti-klimaks??mesti banyak benda yang berlegar legar dalam kepala kita kan..jangan salah faham k..


Anti-klimaks ialah suatu istilah dalam isu couple yang pada hakikatnya ramai yang masih belum sedar akan hukum couple dalam Islam ini,, Disini aku akan menggambarkan anti klimaks ni sbg hubungan cinta antara lelaki dan perempuan dengan makhluk Allah dan yg pastinya bukan manusia..


Andaikata di sebelah kediaman kita ada sepohon pokok jambu(jambu air la katakan).. kita sangat suka makan buah jambu dan melihat buah tersebut setiap hari,,kot kot ada orang lain yg merembatnya.. bagi mengelakkan dirembat orang,,kita pun dengan pantasnya memetiknya terlebih dahulu..walhal buah tu belum betul2 masak.. adakah rasa buah tersebut lazat hingga menjilat mangkuk padahal ia dipetik sebelum sampai masa yg sesuai lagi?? buah jambu yg belum masak sudah pasti masam dan mampu membuatkan mata kita bagai nak berpusing dan dahi kita berkerut seribu bukan.. itulah gambaran betapa tak best nye jambu yg belum mencapai tahap BALIGH DAN MATANG..huahuahua


Apa kata kalau bersabar sikit dan petik jambu setelah ia betul2 masak ranum,,sudah pasti rasanya sungguh lazat kn?? Pasti terasa nikmatnya bukan??Alangkah bagusnya sekiranya kita ada sedikit rasa sabar dan iman dapat menahan nafsu makan drpd menguasai diri.. kalau orang lain ambil tu,maksudnya orang tu dah mencuri dan kita tak perlu risau hal tu kerana ALLAH sentiasa ada untuk kita..ok??

Begitu juga dengan hubungan kasih sayang sesame manusia yg berlawanan jantina..anggaplah waktu masak ranum buah tadi adalah ikatan perkahwinan yg sah. Alangkah ruginya kita apabila sebelum kahwin pon kita sudah ada pasangan hidup dan sudah berkongsi segalanya, suka duka dikongsi bersama,,selalu berkepit kehulu kehilir. Tak pernah jemu jemu jumpa pasangan kita tu,,kuarga pon dah merestui hubungan kita..andaikata kita bercinta selama 2,3 tahun sblm kahwin..apa yg berlaku selama 2,3 tahun masa kita bercinta itu???semuanya kita sudah berkongsi dgn si dia bukan??sudah pegang pegang tangan,bahu dan tak perlulah aku ceritakan..kang panjang pulak..Dan apabila tibanya waktu untuk kita berkahwin dengan cinta hati pengarang jantung kita tuu…adakah malam pertama pengantin baru kita masih bermakna bagi kita yang sudah kena pegang ni??sepatutnya malam pertama adalah malam untuk kita BERTAARUF dengan lebih lanjut dengan pasangan kita, malam dimana semuanya asing dan baru tetapi HALAL untuk kita..indah betul kalau kita bercinta selepas kahwin.. bagi yg bercinta awal2 pulak, ,apa lagi yang tinggal untuk kita kongsi bersama dalam melayari bahtera perkahwinan yg masih panjang itu..
Silap2 haribulan bercerai berai selepas 2,3 taun kahwin.. mana taknya,sebelum kahwin semuanya indah, kena gigit dek pacat pon tak ape,, bajet nak sedekah darah kat pacat la kononnya, takut nak tunjuk perangai pelik2,kang kena tinggal oleh awek/balak..bila dah kawen,, semuanya terbongkar. Perangai buruk, rahsia negara pon turut terbongkar..

Bagi yg bercinta selepas kawen pulak lain,masa inilah kita nak menyesuaikan diri dengan teman baru kita, teman sehidup semati kita,,bak kata2 yang aku pernah baca tapi aku nak modified siket kata2 itu”Andai suami/isteri melakukan kesalahan tulislah kesalahan itu di atas pasir agar ia hanyut dibawa arus ombak dan sekiranya suami/isteri membuat jasa ukirlah ia atas batu agar ia sentiasa menjadi kenangan bersama.”
Selepas aku baca buku “aku terima nikahnya”..aku lebih mengerti apa tujuan kahwin ni..dan yang paling ingin aku laksanakan apa yg ada dalam buku tu ialah istilah “erti cinta pada memberi”..pada yg berhajat nak bercinta tu,aku sarankan baca dulu buku tu..bagus amat dong..

Erm..aku berharap aku dapat bersabar dan memetik buah jambu itu selepas ia betul2 masak ranum agar kebahagiaan hakiki di dunia & akhirat dapat ku kecapi..aminn Ya Allah...

p/s..syukran kpd abe peja(hafiz) krn mengajarkan aku ttg anti klimaks ni masa usrah dulu..da dpt cahaya mata belum??hehe

3 comments:

munadhia said...

salam. baca 'pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul' karangan Kak Fatimah Syarha. Bagus. insyaAllah. sarankan pd semua shbt2 juga.

wallahu'alam.wassalam.

Rue Anemone said...

bace la Aku Terima Nikahnya 2 plak.. amat bgos utk meranumkan lg diri..

buncha said...

anda bagus (=