Wednesday, May 19, 2010

BLOOODD TESSTTT...







18.04.2010

Hari ini ak dapat pengalaman yang agak menarik dan menyentuh hatiku sebagai orang muda..

Aku pergi ke klinik kesihatan selising..niat ak nak buat “blood test” lah..oleh kerana sudah lama aku berhajat nak buat blood test ni..baru hari ini aku barjaya melaksanakannya..lega rasanye..

Lepas aku jumpa pembantu perubatan,aku kena pergi ke makmal untuk ujian darah..

Aku masuk je..tengok sekeliling makmal..ada seorang pakcik yang sedang menunggu,wah cepat balik la aku arini..aku pun pergi ke kaunter unntuk menyerahkan buku kesihatan aku..tiba tiba aku terbaca satu label kat kaunter tu..’’REHAT”,,ape ni???jam aku baru pukul 10pagi..rehat ape ke jadahnya pukul 10..hati aku mula terbakar dalam diam..aku ambil keputusan duduk sebelah pakcik tadi..aku namakan dia pakcik A..tak lama kemudian sorang demi sorang pesakit masuk ke dalam makmal tu..

AHH!!.Pe masalah petugas makmal ni??..pesakit dah makin ramai ni..aku bermonolog sorang diri..aku tegur pakcik A..

”berat sungguh,masa ni pun nk rehat doh,”pakcik A pn geram jugak nampaknya..

Aku perhatikan makcik2 yg menunggu pun muka bengang je semua...aku borak borak dgn pakcik A td..dia Tanya aku..”awe dok mano??”.

“saya dok kedai menanti”

“alik mana tu??dekat dgn rumoh sapo??”dia Tanya lagi

“dekat dgn rumah tok imam talib”

‘’ooo..awe blaja lagi??blaja mano??”

“Saya blaja kat uia”

Then banyak la jugak dia tanya pasal diri aku ni..aku jawab je la ape yang termampu..haha

Aku tengok pakaian pakcik A ni..kemas,pakai kemeja lengan pendek,seluar slack, selipar pun bersih..

Aku tengok muka dia,bersih!!.. Misai terjaga rapi..nipis je dia trim misai..

Aku pun cuba analisis,mungkin pakcik A ni bekas seorang guru..berdasarkan ape yang dia tanya aku dan gaya penampilannya ..mungkin la..

“pokcik nak test darah jugok ko??”aku pulak tanya dia..

“ho,,tuo gak banyok la nyakit nyo”

“lambat lagi ko??”dia Tanya aku..

“tok tau la..hmm”

“pokcik gi jupo doctor dulu la”

Lepas pakcik A beredar dan aku pon dah agak lama menunggu dalam kesabaran bersulamkan ketidakpuasan hati lebih kurang 30 minit..

Aku ambil keputusan pergi tanya kat kaunter pertanyaan kat blok hadapan..

“err,,bakpo takdok ore jaga kat makmal?? ”

“ohh..dio gi minum la tu..tunggu la dulu”makcik petugas separuh umur menjawab dengan selamba..

Hish..makan gaji buta ka??pagi2 lagi dah pegi lepak kedai kopi..ak cakap sorang2..

Kalaulah semua orang bersikap macam ni..mau huru hara Malaysia ni..

Aku pun berjalan semula ke makmal dengan perasaan hampa..jadilah aku penunggu yang setia kepada petugas yang tak setia..huh.. 20 minit kemudian baru sampai petugas tu,terhegeh-hegeh masuk ke makmal..

Namaku dipanggil dan jariku ditebuk..darahku diambil untuk ujian GULA..


Bacaan di mesin menunjukkan bacaan 4.9..

”ok ke??”aku Tanya..

“rendah ni..pagi ni make gapo??”dia tanya

“minum air jah”

“oo..kalu atas dari 6 tu kena berjaga jaga lah ye..6 tu maksimum untuk org biasa2”.

Fuh..nasib baik..Alhamdulillah..aku pun bergegas ke bilik pembantu perubatan yang aku jumpa awal2 tadi..

‘’Kreeeekk’’..aku bukak pintu billik dia..

EEEHHHH!!!! Takda orang..jersey putih yang macam labcoat je ada tersangkut atas kerusi..

Ish!!..kebengangan aku berganda,tapi aku seorang yang COOL..haha..rilek2..

Aku tanya kat kaunter pertanyaan lagi..dia suruh aku tunggu..

HAH ,,itu dia..

Jadilah kau penunggu yang setia wahai mat COOL..

Aku pun duduk lagi..kat depan aku ada seorang budak pompuan beruniform tadika..comel adik tu..

Aku tengok adik tu teringat kat kawan skolah aku dulu,muka mereka mirip2 sket..skang dah kat Ireland,nk jadi dokter katanya..

Dia tengok aku,aku senyum sambil buat2 muka kat adik tu..haha..terhibur jugak aku,xda la bosan sangat..

Aku main lg dgn adik tu..sedang aku main2 tu,ada seorang pakcik berpangkat datuk datang dan duduk di depan kerusiku..dia kurus,sedikit bongkok ,muka jernih dan pakai spek..aku namakan dia pakcik B..

Pakcik B Tanya aku pasal giliran jumpa doctor pada masa tu..

“awe,loni nombor berapo doh??pokcik bilo buleh jupo doktor??..

“loni baru nombo 0064,pokcik nombo 0070..pokcik tunggu meta deh..pahni dio panggil pokcik”.

Aku tengok pakcik B ni,aku teringat arwah atok aku..arwah pergi masa aku tingkatan1,tahun 2002..

Alangkah bagus kalau atokku masih ada..huhuhu..

Oleh kerana aku rindukan atokku,aku berbual bual dengan pakcik B ini..orang tua2 ni, kalau kena cara dan layanannye,banyak ilmu yg kita dapat dari mereka..

Bla bla bla..lama aku melayan pakcik B sementara menunggu giliran dia dipanggil..

Tiba tiba…datang seorang lelaki kearah kami..aku mengenali orang ini..pakcik A rupanye..

“ASSALAMUALAIKUM”..dia memberi salam kepada kami dan berjabat tangan dengan pakcik B..

Alangkah kecilnya dunia ini..pakcik A yang aku jumpa pada awalnya merupakan kawan lama pakcik B ini..

“aku ingak mung gi kubor doh”pakcik A bersuara..

“mung napok dok aku dok depan mung ni?? Idup lagi la ni”

“aku dengar mulo mg mati doh” pakcik A membalas..

“tok sapa masa aku lagi ni,,mung apo khaba??”

“alhamdulilleh sehat lagi” jawab pakcik A.

“Gapo alhamdulilleh??..sebut molek gak,kito ni tuo doh, nok mati esok kakre doh..alhamdulillah” pakcik B menegur dan membetulkan kesalahan ‘makhraj’ atau pronounciation atau sebutan pakcik A tadi..

Bla bla bla..aku biarkan mereka melepaskan rindu persahabatan sambil aku memasang telinga dan melayan percakapan mereka..aku tergelak bila mereka terdengar mereka cakap pasal isu lelaki yang tak patut di dengar oleh budak bawah umur..hahaha..

Dah tua tua pun…namun aku berfikir dan faham situasi mereka..ngheeeeeheeee..

Kemudian aku berfikir dan menganalisis data tentang pakcik B pulak berdasarkan raut wajah, pemakaian,percakapan dll..

Berkemungkinan pakcik B ini seorang ustaz dan pernah mengajar di sekolah yang sama dengan pakcik A tadi..cukup dulu tentang pakcik B..huhu

Then aku terfikir tentang masa tuaku..jikalau umur panjang..adakah aku masih dapat bersua dan bergurau dengan kawan kawan yang aku kenal sejak kecil??

Adakah kami akan masih saling meningati persahabatan yang pernah terjalin??

Aku pun tak dapat menjawabnya..tapi aku berdoa agar persahabatan kami ini diredhai, diberkati ALLAH dan berkekalan..kepada kawan karib kepalaku..EMPAT SAHABAT SEJATI..HUHUHUPutera Puteri harapan negara..

anas,afaf,afizi,afnan,asrul,afzan,ali,mat akim,faiz,mat buna, dan ramai lagi boys and girls..aku sayang kamooo semua..

sek sek kitoo

awok awok

Puteri puteri Kamil

kawan kawan kat UIA jugak tak aku lupakan..

lagi satu pengajaran ialah jangan main main time keje.. menyusahkan orang ramai..

No comments: